fbpx

Ramai minta bank tambah duit RM10, RM20 di ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Segelintir rakyat berpandangan agar pihak bank meningkatkan jumlah tunai bernilai RM10 dan RM20 di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebagai usaha membantu rakyat yang mempunyai masalah kewangan.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, rata-rata orang ramai bersetuju dengan perkara terbabit.

“Mesin ATM yang tidak ada RM10 dan RM20 adalah penindasan untuk orang susah. Lebih lima orang dalam masa 10 minit keluar daripada kiosk ATM dengan kekecewaan,” kata pelabur bijak di Twitter.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna turut meluahkan perkara sama.

“Ingat semua orang ada beratus ke dalam bank. Aku pernah lalui. Beratur punya lah panjang, sekali bila tekan dia suruh masukkan jumlah yang lebih besar.

“Tahu tak betapa remuknya hati. RM20 itu pun duit juga tau, sepatutnya kena banyakkan,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi pempengaruh di Facebook Cikgu Fadhli Salleh juga mengakui pihak bank perlu perbanyakkan mesin ATM yang mempunyai tunai RM10 dan RM20.

“Bagi yang melalui sedihnya cucuk kad keluar kad akan faham. Pernah lalui saat begini,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI