fbpx

Pemuda maut motosikal terjunam dalam sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menaikkan mayat pemuda yang terjatuh ke dalam Sungai Tambun Tulang, Arau, hari ini.

ARAU – Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas lalu terjunam ke dalam Sungai Tambun Tulang di sini, hari ini.

Mayat mangsa, Mohd. Syafidu Arifin, 27, yang bekerja sendiri dari Kampung Pida 3 Semut Gatal dekat sini, ditemui anggota bomba kira-kira pukul 11.07 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 8.27 pagi tadi dan gerakan mencari digerakkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Arau.

“Pada pukul 8.50 pagi, pasukan penyelamat berjaya naikkan sebuah motosikal dalam sungai berdekatan lokasi mangsa dilaporkan jatuh manakala mangsa kemudiannya ditemui Anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) kira-kira 15 meter dari lokasi mangsa terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas dan terjunam ke dalam sungai bersama motosikal ditungganginya.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI