fbpx

Jenazah bayi Orang Asli naik helikopter ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah bayi Orang Asli dibawa dengan helikopter Unit Udara JBPM ke Hospital Gua Musang, Gua Musang, semalam. FOTO IHSAN JBPM

GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) melakukan penerbangan ihsan membawa jenazah seorang bayi lelaki Orang Asli berusia dua tahun dari Pos Balar ke Hospital Gua Musang di sini, semalam.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd. Hasrizal Kamaruzzaman, JBPM pada awalnya menerima arahan untuk melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac), bagi membawa mangsa, Henry Stegen Heryak ke hospital.

“Selepas hampir satu jam melakukan penerbangan dengan helikopter jenis Mi-17-IV, anggota bertugas dimaklumkan bahawa bayi tersebut meninggal dunia sebelum pesawat tiba di Pos Balar,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mangsa dilaporkan mengalamai sawan, cirit-birit , bintik merah pada badan serta sakit sejak kelmarin, hanya menyusu dengan kuantiti yang sedikit dan kematiannya telah disahkan oleh doktor.

“Jenazah bayi itu turut diiringi oleh bapanya Heryak Anjang, 28, ibu dan salah seorang adik-beradik ke Hospital Gua Musang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI