fbpx

Gempa kuat gegar Papua New Guinea pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pusat gempa bumi yang terletak 6.1 darjah Selatan dan 149.8 darjah Timur pada kedalaman 61km.

PETALING JAYA – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 skala Ritcher dilaporkan menggegar Rantau New Britain, Papua New Guinea (PNG), awal pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), kejadian itu berlaku pada pukul 5.24 pagi dengan jarak 77 kilometer Barat Daya dari Kimbe, PNG.

“Pusat gempa bumi terletak 6.1 darjah Selatan dan 149.8 darjah Timur pada kedalaman 61km.

“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI