fbpx

Dua NGO urus bantuan Malaysia ke Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah Syria melihat bantuan sumbangan Malaysia untuk mangsa gempa negara itu, kelmarin. - FOTO IHSAN WISMA PUTRA

PUTRAJAYA – Kesemua 42 tan bantuan kemanusiaan disumbangkan pelbagai pihak dari Malaysia untuk mangsa gempa di Syria telah diuruskan dua badan bukan kerajaan (NGO).

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, dua organisasi bebas tersebut ialah Persatuan Bulan Sabit Merah Syria (SARC) dan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC).

“Ia hasil laporan penilaian Pasukan Peninjau Khas Malaysia yang telah mengadakan sesi libat urus dengan wakil kerajaan Syria dan juga pihak-pihak berkepentingan.

“Dua buah pesawat angkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berlepas pada 18 Februari lalu untuk menghantar sumbangan tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Kerajaan negara ini menghantar kumpulan misi itu pada 14 Februari lepas dan berada di Syria selama lima hari sehingga 19 Februari lalu bagi meninjau penghantaran bantuan.

Katanya, kesemua pesawat telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo di utara Syria yang berdekatan lokasi gempa pada 24 Februari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI