fbpx

Dua beradik lemas dalam pusaran air di Air Terjun Sungai Sedim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua beradik mati lemas ketika mandi di kawasan Air Terjun Sungai Sedim di Kulim hari ini.

KULIM – Tindakan nekad seorang abang yang mahu menyelamatkan adiknya daripada lemas berakhir tragedi apabila dua beradik itu mati lemas di kawasan Air Terjun Sungai Sedim di Sungai Kob, di sini pada pukul 3.55 petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 petang itu, mangsa berusia 25 dan 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Insiden berlaku ketika dua beradik itu mandi di kawasan lubuk sungai bersama tiga rakan mereka.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, kejadian berlaku apabila air di kawasan lubuk kawah tempat mereka mandi tiba-tiba berpusar dan menenggelamkan kelima-lima sahabat itu.

“Empat daripada mangsa berjaya naik ke atas tetapi salah seorang daripada mereka didapati hilang kerana disyaki lemas.

“Abang mangsa terjun semula ke dalam sungai untuk menyelamatkan adiknya, namun kedua-dua mati lemas,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mayat dua beradik itu ditemui di dasar sungai oleh penduduk kampung.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI