fbpx

‘Datuk’ dalang ejen pembantu rumah asing secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian wanita warga Indonesia yang ditahan dalam serbuan di Shah Alam pada 16 Februari lalu. FOTO IHSAN JIM

PUTRAJAYA – Seorang individu bergelar Datuk dan isterinya ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana menjalankan kegiatan ejen pembantu rumah asing (PRA) secara haram.

Kedua-dua suspek ditahan dalam serbuan di sebuah kediaman di Shah Alam, Selangor pada 16 Februari lalu bersama 13 wanita warganegara Indonesia berumur 22 tahun hingga 47 tahun.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pasangan suami isteri berusia 66 dan 56 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 55E Akta Imigresen kerana disyaki membenarkan mana-mana pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki atau tinggal di dalam premis.

Beliau berkata, siasatan mendapati, kesemua warga asing itu masuk ke negara ini dengan menyamar sebagai pelancong menggunakan Pas Lawatan Sosial (PLS).

“Warga Indonesia tersebut akan dibekalkan sebagai pembantu rumah dan juga pekerja pembersihan.

“Mereka akan dikenakan bayaran antara RM3,500 hingga RM4,500 seorang sebagai bayaran perkhidmatan mengurus kemasukan yang akan dipotong melalui gaji bulanan.

“Dipercayai pasangan itu menjalankan aktiviti mengurus kemasukan dan pembekalan pembantu rumah secara haram bersama-sama ejen yang dikenali dari Indonesia,” katanya menerusi kenyataan akhbar, tadi.

Katanya, kesemua warga asing itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/1963 (Akta 155) dan juga kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI