fbpx

Chef Wan belanja tiga kakak gelang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan dua kakak Chef Wan ketika membeli barang kemas di sebuah kedai emas terkenal.

PETALING JAYA – Pengacara dan cef selebriti, Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail tidak lokek berkongsi rezeki apabila menghadiahkan beberapa barangan kemas kepada tiga kakaknya.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Chef Wan dilihat menemani dua kakaknya ke sebuah kedai emas terkenal untuk menukar emas lama milik arwah ibu mereka kepada emas baru.

Menurut Chef Wan, dia memperuntukkan kira-kira RM10,00 setiap seorang kepada setiap kakaknya itu sebagai ‘hadiah’ untuk kedua-dua mereka menukarkan emas milik arwah ibu.

Dalam entri sebelum ini, Chef Wan memaklumkan, tindakan mereka menukar emas lama itu kerana generasi kini lebih suka kepada bentuk dan ‘design’ emas terkini.

“Tengok sahaja telatah dua ‘sisters’ ni bawang putih dan bawang merah masuk Habib. Dah bajet seorang RM10,000 nak gelang matching (sama) pula.

“Wan cincin..cincin tak ada nak satu set. Banyak cantik, kau ingat aku ni laki kamu ke? Nak cincin kena sign (tandatangan) jadi orang gaji aku bolehlah kan?,”tulis Chef Wan pada laman Instagramnya.

Selepas dua kakaknya itu mencuba beberapa jenis gelang akhirnya mereka bersetuju membeli beberapa rantai dan difahamkan semua pembelian itu ditaja oleh Chef Wan.

Kelihatan juga raut wajah gembira kedua-dua adik beradik Chef Wan itu selepas menerima ‘hadiah’ tersebut dan ujar mereka barang kemas itu hendak dipakainya sampai mati.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen memuji sikap pemurah Chef Wan yang tidak lupa kepada adik beradiknya dan mereka mendoakan agar beliau dimurahkan rezeki selalu.

“Datuk seorang insan yang baik, lepas habis jaga syurga (ibu) sekarang berbakti kepada kakak pula. Moga Allah limpahkan rezeki Datuk dan dipermudahkan urusan dunia serta akhirat,” doa zakaria b.ibrahim.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai alonelonelyme.

“Amboi seronok nampak kakak-kakak chef, Tak boleh tahan ‘part’ nak pakai sampai mati tu. Kirim salam kepada kakak berdua ye chef,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI