fbpx

Buruh dihanyutkan arus ketika mahu selamat anak lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang melakukan pencarian Mohd. Mirwan yang dikhuatiri lemas di Lubuk Tapeng berhampiran Kampung Air Putih, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Niat seorang bapa mahu menyelamatkan anaknya yang hampir lemas bertukar tragedi apabila dia pula hilang dibawa arus deras di Lubuk Tapeng, Sungai Kemaman berhampiran Kampung Air Putih, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.45 tengah hari itu, mangsa, Mohd. Mirwan Remli, 40, dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan anak lelakinya, Muhammad Zafran Aidil, 12.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, buruh tersebut yang menetap di Kampung Batu 9, Ibok, mengunjungi kawasan perkelahan tersebut bersama isteri dan dua anaknya.

Beliau berkata, Mohd. Mirwan memancing manakala isteri dan anak-anak mandi di lubuk tersebut sebelum tiba-tiba salah seorang anaknya, Muhammad Zafran Aidil tiba-tiba dihanyutkan arus deras.

“Mangsa segera berenang untuk menyelamatkan anaknya yang telah dihanyutkan ke tengah sungai.

“Begitupun, dia pula dihanyutkan arus deras sebelum tenggelam. Anaknya (Muhammad Zafran Aidil) terselamat kerana sempat berpaut pada sebatang dahan pokok,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, isteri mangsa yang panik segera meminta pertolongan orang kampung yang kemudiannya menghubungi pihak berkuasa.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh, Mohd. Hafiezul Mohamad berkata, pencarian mangsa dilakukan pada kawasan sekitar 50 meter radius dari lokasi terakhir mangsa dilihat sebelum tenggelam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI