KE mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi? Begitulah perumpamaan yang boleh menggambarkan bakat lakonan dimiliki anak perempuan Fasha Sandha iaitu Putri Raysha Jemyma.
Diva lihat Jemyma memang ada bakat berlakon seperti yang dikongsi Fasha baru-baru ini ketika menonton persembahan teater anaknya itu baru-baru ini.
Walaupun berbakat, Fasha sudah memberitahu bahawa bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai tidak benarkan anak-anaknya bergelar pelakon.
“Anak saya berumur lapan tahun tunjuk minat jadi pelakon. Sayangnya, ayah mereka tidak izinkan jadi pelakon televisyen atau filem.
“Jemyma dan Putra Rayfal hanya boleh berlakon untuk projek sekolah,” kata Fasha.
Diva setuju juga dengan pendirian si ayah. Mungkin dia mahu anak-anaknya fokus pada pelajaran terlebih dahulu, kemudian barulah memilih bidang kerjaya masing-masing.
Manalah tahu, suatu hari nanti hati Jejai akan terbuka untuk memberi izin anaknya menyertai dunia seni kan?
DIVA: Teringat lakonan Fasha dalam drama Natasha, hebat sungguh walaupun baru sahaja bergelar pelakon.