fbpx

Akshay Kumar pecah rekod rakam 184 swafoto bersama peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akshay mencuba rekod itu ketika mempromosikan filem ‘Selfiee’ pada 24 Februari lalu. - Instagram/@akshaykumar

NEW DELHI – Bintang Bollywood, Akshay Kumar memecah rekod dunia kategori swafoto apabila merakam swafoto bersama 184 peminat dalam masa tiga minit, lapor akhbar New York Post semalam.

Dia menewaskan pemegang Guinness World Records sebelumnya, James Smith yang merakam 168 swafoto pada 2018 dan Dwayne Johnson (The Rock) dengan rakaman 105 swafoto semasa tayangan perdana filem San Andreas pada 2015.

Kumar, 55, yang disenaraikan majalah Forbes sebagai salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di dunia, menyiarkan secara langsung acara tersebut dari Mehboob Studios di Mumbai.

Pelakon prolifik yang telah membintangi lebih 100 filem itu menyahut cabaran itu dengan berdiri di antara dua barisan peminat yang kemudian menghampirinya dari sisi secara berselang-seli.

Dia mencuba rekod itu untuk mempromosikan filem berjudul Selfiee yang ditayangkan pada 24 Februari lalu.

Akshay yang memenangi Anugerah Filem Kebangsaan memuji penyokongnya atas pencapaian itu.

“Semua yang saya capai dan di mana saya sekarang adalah kerana kasih sayang tanpa syarat daripada peminat saya. Ini adalah penghormatan istimewa buat mereka seperti mana mereka menyokong karier saya,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI