fbpx

15 minit pujuk wanita mahu terjun Jambatan Kedua P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang wanita yang dipercayaj cuba terjun dari KM 18.1, Jambatan Kedua Pulau Pinang menghala ke pulau hari ini.

GEORGE TOWN – Pasukan bomba mengambil masa kurang 15 minit untuk memujuk seorang wanita yang nekad terjun di KM 18.1, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau lebih dikenali Jambatan Kedua, menghala ke pulau petang tadi.

Mangsa yang dipercayai penuntut di sebuah universiti swasta di negeri ini dan berusia 22 tahun sebelum itu dilaporkan bertindak meninggalkan keretanya jenis Perodua Myvi berwarna putih di bahu jalan.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Azman Mohd. Radzi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 4.02 petang tadi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, maklumat awal yang diterima mengatakan wanita itu dilihat sudah berdiri di tembok jambatan berkenaan pada pukul 3 petang tadi.

“Sebaik anggota tiba di tempat kejadian mendapati wanita terbabit masih berdiri di situ dan berada dalam keadaan dehidrasi dan lemah kerana cuaca panas.

“Kami dengan kerjasama anggota polis mengambil masa kurang 15 untuk memujuknya sebelum menarik ke belakang. Wajah mangsa kelihatan sedih dan hanya mendiamkan diri,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Beritahu beliau, mangsa berjaya diselamatkan pada pukul 4.44 petang dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI