fbpx

Warga Rohingya jadi ‘tauke’ parkir, minta bayaran RM20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian tersebut

PETALING JAYA – Isu warga Rohingya masih menjadi pertikaian warga tempatan sehingga kini, dan terbaharu ada di antara mereka berlagak samseng seolah-olah seperti ‘tauke’ dengan mengutip wang parkir daripada orang ramai sekitar Jalan Petaling, Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian video oleh seorang pengguna media sosial, warga asing itu mengenakan bayaran RM20 untuk setiap kenderaan yang ingin menggunakan kawasan parkir tersebut.

“Lokasi adalah di Petaling Street (Jalan Petaling, minta duit parkir sampai RM20 untuk sebuah kereta.

“Kita orang Malaysia pun gaji berapa sehari nak diikutkan. Memang melampau,” luah pengguna tersebut.

Video berdurasi kurang satu minit itu telah mendapat perhatian ramai sehingga tular di pelabagai platform dan kini mencecah lebih 450,000 tontonan.

Rata-rata orang ramai menggesa pihak berkuasa untuk bertindak mengesan warga asing yang menjalankan kerja ini secara haram selain mereka dilihat mengambil kesempatan untuk mendapat wang dengan mudah.

“Ini tidak boleh dibiarkan! Mereka ramai jadi samseng untuk minta duit orang ramai, menyamar jadi peminta sedekah, jadi penjaga parkir, macam tanah dia. Bila orang tak nak bagi, dimarahnya pula macam samseng,” kata Airul Azmi.

“Ibu negara pun mereka (warga Rohingya) dah tawan, nanti satu Malaysia jadi negara mereka sendiri, orang tempatan pula takut dengan orang asing ini,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI