fbpx

Permohonan pencen ilat diputuskan Jemaah Doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAT IZAM serta isterinya, Heryalti ketika ditemui pemberita di rumahnya di Taman Sri Telawi, Seremban baru-baru ini.

PETALING JAYA – Permohonan Pencen Ilat yang dibuat warga emas, Mat Izam Mohd. Kalam adalah bergantung kepada pertimbangan yang diputuskan Jemaah Doktor (JD) dan Jemaah Doktor Rayuan (JDR).

Ketua Pegawai Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Izad Raya berkata, panel JD dan JDR adalah pakar-pakar perubatan yang ditentukan Kementerian Kesihatan dan ia tiada kaitan serta di luar bidang kuasa pihaknya.

“Mat Izam memohon Pencen Ilat pada Oktober 2020 dan Mei tahun berikutnya. Jemaah Doktor di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban mengesahkan kea­daan kesihatannya ketika itu tidak ilat seterusnya tidak layak menerima Pencen Ilat.

“Beliau seterusnya membuat rayuan pada Ogos 2021 dan tidak diluluskan Jemaah Doktor Ra­yuan yang bersidang dua kali apabila didapati keputusan Penilaian Kehidupan Seharian dan Kadar Kemerosotan Keseluruhan me­nunjukkannya tidak ilat.

“Perkeso menegaskan keputusan permohonan pencen ini dikawal oleh peraturan dan garis panduan yang ditetapkan dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971,” katanya semalam.

Jelasnya, isteri Mat Izam, Herya­ti Tayalis yang mengalami kemala­ngan di rumah hingga menyebabkan beliau lumpuh juga telah memohon Pencen Ilat pada 2020.

“Isteri beliau didapati layak untuk Bantuan Ilat serta la­yak menerima kerusi roda dan lampin pakai buang.

“Setelah berita mengenai permohonan Pencen Ilat Mat Izam disiarkan akhbar, wakil Perkeso Negeri Sembilan mengunjungi beliau serta memberi penera­ngan mengenai keputusan JDR dan beliau menerima penjelasan kami,” ujarnya.

Tambahnya, Perkeso sentiasa prihatin terhadap kes seperti ini dan turut berusaha untuk membantu pencarum mendapatkan bantuan lain.
“Mat Izam bersetuju menye­r­ tai Program Sinergi Sosial kendalian Perkeso yang mana kes beliau akan dirujuk kepada Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.

“Perkeso juga telah membekalkan beliau dengan Kotak Prihatin yang mengandungi bahan keperluan dapur seperti teh, milo, susu dan barang kering yang lain.

“Pihak kami sedang menguruskan khidmat pakar terapi fisio bagi beliau dan isteri serta membantu Mat Izam membuat permohonan semula bagi Pencen Ilat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI