fbpx

Lelaki maut kereta terbabas masuk longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa selepas terbabas pagi tadi.

LUMUT – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam longkang besar di Taman Desa Permai, Jalan Dato Seri Kamaruddin, Seri Manjung, pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 38 tahun dan memandu seorang diri meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung, Pegawai Bomba Kanan II Adde Noor Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.05 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kereta Perodua Kancil telah terbabas ke dalam parit sedalam kira-kira tujuh meter dan pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pihaknya menggunakan peralatan khas dan mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Jelasnya, pasukan perubatan yang berada di tempat kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI