fbpx

Kucing putih dijadikan mas kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin lelaki memberikan hantaran mas kahwin seekor kucing putih kepada isterinya dalam satu majlis perkahwinan yang disiarkan menerusi video TikTok baru-baru ini. - Foto suarajatim.id

JAKARTA – Seorang pengantin lelaki menyerahkan sejumlah wang tunai dan kucing putih sebagai mas kahwin semasa menikahi wanita pilihannya dalam satu majlis perkahwinan di Indonesia, lapor portal berita SuaraJatim hari ini.

Video pemberian unik kucing putih itu disiarkan dalam akaun TikTok @horeamisme dan terdengar suara si bapa pengantin perempaun menyatakan kalimat ijab kabul.

“Bapak nikahkan dan kawinkan anakanda kepada puteri bapak kandung yang bernama Syifa Salma Jatun Aini dengan mas kawin wang dan kucing dibayar tunai,” kata bapa mempelai wanita.

Dalam video selanjutnya, kucing berwarna putih itu dimasukkan ke dalam kurungan kecil berwarna sama dengan haiwan tersebut dan si pengantin perempuan gembira apabila menerimanya.

Pada majlis tersebut juga,  pengantin perempuan menyarungkan pakaian berwarna putih dan hiasan kepala sunda , manakala pengantin lelaki memakai songkok dan pakaian sama warna dengan persalinan isterinya. 

Penggunaan mahar itu mendapat banyak komen daripada netizen dan menurut laporan portal berita Liputan6, akaun TikTok itu mendapat lebih 10,000 tanda suka dan lebih 100 komen. – Agensi  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI