fbpx

Kelantan FC haram lato-lato masuk stadium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kelantan FC merupakan kelab bola sepak pertama di negara ini yang mengharamkan permainan lato-lato masuk ke stadium.

Perkara itu dimaklumkan oleh pemilik kelab berkenaan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham pada Facebook beliau hari ini.

“Lato-lato diharamkan masuk ke stadium untuk perlawanan petang ini,” katanya ringkas.

Aksi perlawanan Liga Super Malaysia 2023 yang bermula hari ini menampilkan pasukan Kelantan FC bakal menentang pasukan Kuching City FC.

Perlawanan tersebut bermula pukul 5:30 petang bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Dalam pada itu, pengharaman lato-lato itu turut disambut baik peminat sukan bola sepak, malah ada yang menyifatkan bunyi permainan itu menganggu tumpuan penonton.

“Satu Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak patut haramkan main lato-lato ni sebab bunyinya ‘annoying’ (menjengkelkan) gila. ‘Menyirap’ dengar,” kata Rasul Rahim.

“Harap semua stadium boleh haramkan lato-lato. Betul-betul pencemaran bunyi,” kata Muhan Anddrya Taip. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI