KALAU sudah namanya Beto Kusyairy, semua yang dilakukannya pasti mengundang perhatian dan pujian.
Tolak ketepi perihal lakonan hebat, Beto baru-baru ini membuat ramai netizen terkesima, khususnya kaum wanita menjadi tidak keruan dek senyuman manis terukir di bibirnya saat menjayakan sebuah acara fesyen.
Kata netizen, kemanisan senyuman Beto diibaratkan lori bawa muatan gula tumpah di hadapan rumahnya.
“Dia punya kacak itu, memang tak boleh nak bawa bincang. Manis lelaki Melayu,” komen netizen.
“Ada lori gula terbalik ke? Manis lain macam Beto!” puji netizen.
Tak cukup dengan dengan senyuman, aksi tangkas bunga silat yang dipersembahan beberapa saat turut tular.