fbpx

Gambar lama Anwar, Wan Azizah ketika belanjawan tarik perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua gambar dimuat naik Wan Azizah pada Twitter beliau

PETALING JAYA – Perkongsian isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengenai gambarnya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari pembentangan Belanjawan menarik perhatian ramai.

Dua gambar berbeza tahun yang diambil pada hari pembentangan belanjawan dimuat naik isteri Wan Azizah di laman Twitter miliknya.

Gambar pertama menyaksikan kedua-dua mereka mengenakan pakaian warna biru sempena Belanjawan 2023 semalam.

Dalam masa sama, Wan Azizah berkongsi gambar difahamkan pada hari pembentangan belanjawan sewaktu Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan ketika itu.

Kelihatan beliau memakai baju dan tudung bercorak bunga, manakala Anwar memakai baju Melayu warna ungu.

“Dulu dan sekarang. Semoga Allah sentiasa merahmati segala usaha kita,” katanya mengimbas kenangan bersama Anwar menerusi hantaran berkenaan pagi tadi.

Menjengah ke ruangan komen, pengguna laman sosial memuji pasangan tersebut serta membandingkan gambar dahulu dengan semalam.

“Handsome (tampan) dan cantik sungguh DSAI dan Kak Wan masa muda. Walhal waktu itu dah 50-an juga,” kata seorang pengguna Twitter.

“Manis sungguh, yang gambar sebelah tu walaupun terbalik rangkul, pun comel juga. Semoga dalam rahmat Allah sentiasa datuk seri berdua,” kata seorang lagi pengguna media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI