fbpx

EPL: Manchester City belum sedia mengaku kalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKANJI (dua dari kiri) masih percaya bahawa City memiliki peluang cerah memintas Arsenal dan kembali menguasai kedudukan di EPL. – AFP

MANCHESTER – Pemain pertahanan Manchester City, Manuel Akanji memberi ingatan kepada seluruh pasukan supaya kekal bermotivasi dan fokus untuk mengharungi baki saingan yang masih lagi panjang.

Selepas hilang kedudukan ­selaku pendahulu liga ekoran keputusan seri dengan Nottingham Forest, Sabtu lalu, City masih kekal berpeluang untuk memberi tekanan kepada Arsenal dan dijadual bertemu Bournemouth di gelanggang lawan awal pagi esok.

Akanji bersetuju dengan pendapat pengurus pasukan, Pep Guardiola yang mengatakan The Citizens bakal berdepan situasi penuh liku dalam baki 14 perlawanan liga musim ini.

“Saya rasa cukup baik dan begitu yakin. Kami hanya dipisahkan dua mata di belakang Arsenal, namun sudah bermain lebih satu perlawanan berban­ding mereka.

“Tetapi, dalam baki perlawanan selepas ini, kami akan menentang mereka dan masih ada banyak perlawanan yang perlu dilalui. Kini bergantung kepada kami untuk cuba fokus mencari kemenangan,” katanya.

Bagaimanapun, City seakan tidak berada pada prestasi terbaik selepas turut mencatatkan keputusan seri 1-1 dengan RB Leipzig di Liga Juara-Juara, namun Akanji kekal yakin keputusan itu tidak memberi kesan besar kepada perjalanan City di Liga Perdana Inggeris.

“Ia adalah perlawanan di tempat lawan dan di peringkat kalah mati Liga Juara-Juara, saya percaya ia bukan kerja senang. Di EPL, permainan lebih kepada fizikal, tetapi kami kena sentiasa berada di tahap terbaik,” jelas­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI