LONDON – Bintang baharu Arsenal, Jorginho percaya Mikel Arteta mampu untuk terus menghadirkan keceriaan buat dirinya sekaligus membuktikan penghijrahannya ke Emirates bukan keputusan salah.
Malah, pemain kebangsaan Itali itu yakin Arteta akan tampil dengan idea lebih segar untuk mempertahankan kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) bermula dengan kunjungan ke Stadium King Power bertemu Leicester City malam ini.
“Saya sudah biasa bekerja dengan pengurus yang mementingkan kesempurnaan. Bagi saya semua itu akan menghadirkan kelainan pada penghujung musim dan sudah pasti ia sesuatu yang bagus.
“Saya pasti beliau melakukan semua perkara dengan teliti. Memang saya baharu saja berada di sini, namun kami ada sesuatu yang lebih segar setiap hari.
“Jadi, saya begitu teruja kerana saya berpeluang untuk belajar banyak perkara di sini,” katanya.
Ketika ini, The Gunners kembali berada di puncak EPL dengan 54 mata, berkelebihan dua mata berbanding pencabar terdekat, Manchester City yang sudah lebih satu perlawanan.
Sabtu lalu, Jorginho menjadi watak penting ketika Arsenal yang mempamerkan kebangkitan menewaskan Aston Villa 4-2
“Arteta mengingatkan saya kepada Maurizio Sarri,” jelasnya. – AGENSI