fbpx

Belanjawan 2023: Kementerian Luar dapat peruntukan hampir RM1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma Putra

PUTRAJAYA – Kementerian Luar menyambut baik Belanjawan 2023 yang turut teguh menyokong usaha Malaysia bagi melindungi kepentingan negara di persada antarabangsa.

Kementerian Luar berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dan menggembleng usaha secara strategik dengan pelbagai pihak ke arah matlamat itu.

“Secara keseluruhan kementerian tersebut menerima peruntukan sebanyak RM971,134,100 bagi tahun ini berbanding cuma RM868,506,400 pada tahun lepas.

“Ia mencerminkan usaha Kerajaan Perpaduan sejajar Kerangka Dasar Luar Malaysia Pasca Pandemik bersandarkan Pelan Strategik Kementerian 2021-2025,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Mengulas lanjut, Kementerian Luar menjelaskan daripada peruntukan hampir RM1 bilion itu, RM809,612,800 untuk Belanja Mengurus.

“Sementara baki sebanyak RM161,520,300 diperuntukkan bagi Belanja Pembangunan dengan masing-masing naik 6.49 peratus dan 49.28 peratus berbanding pada 2022.

“Pertambahan peruntukan kedua-dua belanja itu akan terus dimanfaatkan pula ke arah pengukuhan kepentingan strategik negara dalam pelbagai cabaran isu global,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI