PETALING JAYA – Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohamad Azizulhasni Awang membuktikan kehebatannya apabila meraih pingat perak acara keirin Piala Negara-Negara UCI di Jakarta, Indonesia sebentar tadi.
Azizulhasni tetap berpuas hati dengan kejayaan tersebut selepas melintasi garisan penamat dengan masa 0.0024 saat (s) di belakang pelumba sensasi Belanda, Harrie Lavreysen yang menamatkan perlumbaan itu menerusi masa 10.239s.
Tempat ketiga pada aksi final di Velodrome Antarabangsa Jakarta itu pula menjadi milik Mikhail Yakovlev dengan catatan 10.423s.
Seorang lagi pelumba keirin negara, Mohd Shah Firdaus Sahrom terpaksa berputih mata apabila terlibat dalam kemalangan dengan Sam Dakin dari New Zealand pada saat-saat akhir perlumbaan tersebut. – KOSMO! ONLINE