LONDON – Seorang anak cef terkenal Britain yang baru-baru ini dibebaskan dari penjara telah memeluk agama Islam bagi mengelakkan dirinya mengambil dadah, lapor portal berita MailOnlien hari ini.
Marco Pierre White Jr, 28, yang merupakan anak kepada cef terkenal , Marco Pierre White Snr. Dia berjanji tidak akan mengambil dadah lagi selepas membelanjakan lebih daripada £1 juta (RM530 juta) untuk pemulihan.
Marco bebas selepas setahun dipenjarakan kerana melakukan kegiatan mencuri di kedai, memiliki pisau, memiliki heroin dan mendera seorang pengawal keselamatan pasar raya.
Namun, bintang Celebrity Big Brother itu berkata, dia disokong oleh bapanya selepas menjadi seorang Muslim ketika berjuang untuk kekal bersih’. Dia mula mengambil dadah pada usia hanya 13 tahun.
Dia kini merancang untuk menjadi seorang cef seperti bapanya.
Bercakap secara eksklusif kepada MailOnline, Marco yang bertatu tebal mengaku: “Lebih daripada £1 juta telah membazir kerana ketagihan saya. Tetapi, Islam telah membantu saya melalui segala-galanya”.
Menurutnya, dia telah menjalani pemulihan sebanyak 17 kali dan berada di penjara membuatkannya sedar bahawa sudah tiba masanya untuk tidak lagi menerima rawatan tersebut. – Agensi