fbpx

Allah beri petunjuk kepada sesiapa Dia kehendaki – Engku Emran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUMAH tangga Engku Emran dan Noor Nabila dikatakan sedang retak menanti belah.

PETALING JAYA – Ketika desas-desus rumah tangganya dengan Noor Nabila dikatakan sudah retak menanti belah, ahli perniagaan, Engku Emran berkongsi rasa kagum apabila seorang paderi Katolik terbuka hati memeluk agama Islam.

Engku atau nama sebenarnya, Engku Emran Engku Zainal Abidin menyiar semula (repost) kisah paderi itu yang bernama Hilarion Heagy yang kini dikenali dengan nama Islam, Said Abdul Latif.

“Kisah yang luar biasa. Allah certainly guides whoever He wants 1:7 [surah al-Fatihah] (Allah SWT beri petunjuk atau hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki),” coretnya menerusi Instagram.

Terdahulu, perkahwinan Engku Emran dengan Noor Nabila didakwa berakhir apabila sumber rapat memaklumkan, mereka yang bernikah sejak dua tahun lalu itu sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses perceraian.

“Status mereka masih tergantung. Apapun doakan saja mereka,” katanya kepada media.

DIDAKWA perkahwinannya dengan Noor Nabila retak menanti belah, usahawan Engku Emran sempat berkongsi ‘sesuatu’ dalam Instagram miliknya.

Difahamkan, hubungan Engku Emran, 49, dan Noor Nabila, 39, dikatakan sudah tidak sehaluan sejak beberapa bulan lalu apabila tiada foto atau video bersama dalam perkongsian media sosial masing-masing.

Lebih menguatkan dakwaan mereka tidak lagi bersama apabila tiada langsung kelibat Engku sewaktu Nabila dan anaknya, Jebat Jayden berangkat menunaikan umrah, kelmarin.

Sebaliknya yang menemani Nabila dan keluarga ke lapangan terbang adalah bekas suami yang juga pelakon, Sharnaaz Ahmad.

Sebagai info, Engku Emran dan Noor Nabila berkahwin pada 19 Mac 2021.

Sebelum berkahwin dengan Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI