fbpx

1.5 juta belia Thai kemurungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai golongan muda berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan pada tahun 2021. - Foto AFP

BANGKOK – Kira-kira 1.5 juta belia Thailand berumur lebih 15 tahun didapati mengalami kemurungan pada tahun 2021, lapor portal berita PBS semalam.

Portal tersebut memetik Jurucakap Jabatan Kesihatan Mental, Dr. Apichat Jariyavilas sebagai berkata, bilangan kes kemurungan dan gangguan psikologi di negara itu meningkat antara 1 hingga 2 peratus pada setiap tahun.

Walaupun kemurungan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah menjejaskan kira-kira 10 peratus penduduknya, beliau berkata, kadar di Thailand berkisar antara 1 hingga 2 peratus.

Bagaimanapun, Apichat berkata, peningkatan kadar itu boleh dilihat berdasarkan kepada pertambahan jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan perubatan atau kaunseling.

Beliau menyatakan bahawa kemurungan atau gangguan psikologi mungkin meningkat kerana sebelum ini mereka yang mengalami gangguan itu tidak tahu dan tidak mendapatkan kaunseling atau rawatan perubatan.

Namun, ketika ini lebih ramai orang yang pergi berjumpa doktor apabila merasakan bahawa mereka mungkin mempunyai masalah psikologi, ujarnya.

Terdapat pelbagai cara untuk merawat gangguan tersebut tetapi ia bergantung kepada diagnosis namun yang paling biasa dilakukan adalah dengan memberi ubat, kata Apichat.

Beliau menambah bahawa terdapat rawatan pemulihan lain seperti menasihati pesakit supaya beralih kepada aktiviti yang mereka suka seperti sukan, seni atau muzik.

Menurut Jabatan Kesihatan Mental, hanya 28 peratus orang yang mengalami kemurungan kini mempunyai akses kepada rawatan perubatan dengan lebih banyak kes berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki.

Kadar cubaan membunuh diri dalam kalangan pesakit yang tertekan adalah 20 kali lebih tinggi daripada biasa dan kira-kira 70 peratus daripada mereka meninggal dunia sebelum tiba waktunya.

Namun, kadar bunuh diri dalam kalangan lelaki adalah lebih tinggi daripada kalangan wanita. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI