LONDON – Seorang wanita Bulgaria yang mempunyai bibir terbesar di dunia kini berusaha untuk memiliki tulang pipi terbesar pula, lapor portal berita Daily Mirror semalam.
Andrea Ivanova, 25, menjadi tajuk utama berita selepas mendedahkan bahawa dia telah membelanjakan £8,000 (RM42,658) untuk bibirnya dan pastinya gadis tersebut mempunyai rupa yang unik.
Dia memulakan transformasinya pada 2018 dan mahu menjadikan dirinya mirip anak patung Bratz dan untuk tujuan itu, dia menjalani pembedahan pada rahang dan mempunyai pengisi diletakkan di dagunya.
Kini dia mengalihkan perhatiannya ke pipinya dan mempunyai pengisi tulang pipi dengan harapan untuk mencapai tulang pipi terbesar di dunia.
Gadis itu berkata: “Saya mahu sebagai membuat tambahan kepada bibir terbesar di dunia dan untuk mempunyai ulang pipi terbesar juga. Saya telah menjalani empat suntikan asid hyaluronik pada tulang pipi saya setakat ini, tetapi saya akan menjalani dua lagi dalam tempoh seminggu.
“Bagi proses penyembuhan, saya perlu mengelak tekanan kuat pada muka sehingga tiga hari selepas itu. Saya akan meneruskan lebih banyak suntikan untuk menjadikannya lebih besar.”
Sehingga kini, bekas pelajar falsafah itu telah menerima lebih 34 suntikan di bibirnya. – Agensi