fbpx

Teh susu Thai No.7, kopi Ipoh, air bandung digemari pelancong asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Minuman teh susu Thailand menduduki tangga ketujuh dalam senarai 100 minuman bukan beralkohol TasteAtlas. - Foto Thaiger

BANGKOK – Minuman teh Thailand atau Teh Susu menduduki tempat ketujuh dalam senarai Minuman Bukan Beralkohol TasteAtlas di dunia, lapor portal berita Thaiger semalam.

TasteAtlas ialah laman web tentang panduan makanan serta minuman yang menyediakan maklumat tentang hidangan tradisional dan asli dari seluruh dunia. 

Para pengguna boleh mencari makanan dan minuman menarik mengikut wilayah, negara atau ramuan dan mereka boleh memberikan cadangan makanan atau resipi kepada laman web tersebut.

Teh susu cara Hong Kong menduduki tempat pertama  diikuti oleh minuman Aguas Frescas dari Mexico manakala minuman chai masala berada di tangga ketiga  senarai itu.

Teh mint Maghribi berada di kedudukan keempat dan diikuti oleh minuman Horchata dari Mexico. Minuman Salep dari Turkiye berada di tangga keenam disusuli oleh teh susu Thailand di tempat ketujuh.

Minuman El submarino menduduki tangga kelapan  diikuti oleh minuman Ristretto dari Itali dan minuman India, Darjeelin berada di tangga kesepuluh.

Dua minuman Malaysia turut berada dalam senarai tersebut iaitu Ipoh White Coffee di tangga ke-36 manakala air Bandung menduduki tempat ke-77.     

Asal-usul teh Thailand  tidak jelas tetapi dipercayai dipengaruhi oleh budaya teh Cina dan India namun ia dipopularkan pada abad ke-20 oleh masyarakat Thai berketurunan Cina di negara berkenaan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI