fbpx

Sarjan maut dengan 3 kesan tembakan diklasifikasikan mati mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis masih menunggu laporan bedah siasat mayat anggota polis berpangkat sarjan yang maut selepas ditemukan dengan tiga kesan tembakan di belakang bangunan Balai Polis Bayan Lepas, Pulau Pinang, Ahad lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau turut berdukacita dengan kejadian tersebut dan mengucapkan takziah kepada keluarga anggota itu.

Lokasi mayat mangsa ditemui di belakang bangunan Balai Polis Bayan Lepas, Pulau Pinang.

“Buat masa sekarang, kami klasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut (SDR) dan masih menunggu laporan bedah siasat daripada pasukan perubatan.

“PDRM tidak pernah tutup atau melindungi salah laku mana-mana pihak, kita akan siasat kes ini sebaik mungkin bagi mengetahui punca sebenar kejadian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis serah tugas di Maktab PDRM, di sini, hari ini.

Ahad lalu, seorang anggota polis berpangkat Sarjan berusia 51 tahun ditemukan maut dengan kesan tembakan pada leher, dada dan kepala di belakang Balai Polis Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Dalam perkembangan lain, mengulas lanjut mengenai kes kes mayat lelaki warga asing yang ditemui tanpa kepala di Sungai Buloh, Acryl berkata pihaknya masih memerlukan saksi berhubung kes terbabit.

“Kes tersebut masih di dalam proses siasatan, jadi kita mohon individu yang menjadi saksi kejadian tampil ke balai polis untuk membantu siasatan.

“Kejadian ini berlaku di kawasan yang tiada televisyen litar tertutup (CCTV) oleh itu kita memerlukan bantuan orang awam sekiranya mengetahui sedikit sebanyak tentang kes ini,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai kes Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang membuat laporan polis menafikan tuduhan yang dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin dalam satu artikel pada April tahun lepas, Acryl Sani berkata perkara itu masih dalam siasatan dan beliau akan memaklumkan perkembangan lanjut kes itu dalam masa terdekat.

Terdahulu, kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia Istana Kehakiman Putrajaya sebelum ini dilaporkan berkata, artikel yang ditulis oleh Raja Petra bertajuk ‘Judge Mohd Nazlan being investigated for unexplained RM1 million in his bank account’ yang disiarkan di sebuah portal adalah palsu dan tidak berasas. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI