fbpx

Noor Nabila, Engku Emran dalam proses perceraian?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKAHWINAN antara Noor Nabila dan Engku Emran kini dikhabarkan sedang bergolak dan sedang dalam proses perceraian.

PETALING JAYA – Ibarat retak menanti belah. Demikian status terkini rumah tangga pasangan Noor Nabila dengan Engku Emran apabila kedua-duanya kini difahamkan bakal mengakhiri bahtera perkahwinan mereka dengan perceraian.

Memetik sumber rapat kepada pasangan itu, Nabila dan Engku Emran dikatakan sudah tidak lagi tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu dan sedang dalam proses memfailkan perceraian di mahkamah.

“Status mereka masih lagi tergantung. Apa pun doakan sahaja mereka,” kata sumber tersebut.

Kelibat Engku Emran yang langsung tidak kelihatan sewaktu Nabila dan anaknya, Jebat Jayden berangkat menunaikan umrah semalam, menguatkan keyakinan perkahwinan mereka berada dalam fasa telur di hujung tanduk.

Kisah pergolakan rumah tangga kakak kepada selebriti terkenal Neelofa itu bukan kali pertama menjadi perhatian netizen.

Khabar angin mula tercetus apabila Nabila memadam semua foto bersama Engku Emran termasuk momen pernikahan mereka serta menukar gambar profil akaun Instagramnya pada sekitar Julai tahun lalu.

Bagaimanapun, Nabila yang juga seorang usahawan pernah memuat naik video yang memperlihatkan kelibat Engku Emran sedang menunaikan solat pada Ogos 2022.

Sebelum menikahi Nabila pada 19 Mac tahun 2021, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Malah dia juga pernah berkahwin dengan aktres popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara Nabila pernah berkahwin dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI