fbpx

Moga Allah ganti dengan nikmat – isteri Hafidz Roshdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafidz Roshdi bersama Nurul Shuhada

PETALING JAYA – Tidak sampai 24 jam selepas desas-desus perceraian pelakon Hafidz Roshdi tular, isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri memohon doa agar Tuhan menggantikan nikmat lebih baik buat dirinya dan anak-anak.

“Insya-Allah, semoga Allah gantikan dengan nikmat tidak disangka buatku dan anak-anak. Amin Ya Mujib,” tulis Shuhada menerusi InstaStory.

Katanya wanita itu, hanya insan yang sememangnya ditakdirkan hidup bersama serta ikhlas sahaja bijak menghargai sebuah ikatan kasih sayang.

“Orang yang betul tahu bagaimana untuk mempertahankan cinta. Orang yang betul juga memilih awak sebagaimana awak memilihnya dengan setulus hati.

“Awak tidak akan berdiam diri jika peduli dan tidak perlu berasa keterlaluan. Awak juga tidak perlu merayu untuk cinta yang memang selayaknya buat awak.

“Satu hari nanti, awak akan menjadi seseorang dan tidak akan keliru lagi. Awak tidak akan rasa berjuang untuk seseorang yang tidak pernah berjuang untuk awak.

“Satu hari nanti, awak akan mengerti bagaimana erat menggenggam seseorang yang salah, betapa kuatnya mencuba, insan yang tepat akan sentiasa mencari dan terus kekal bersama,” kongsinya meluahkan perasaan.

Kemelut rumah tangga Nurul Shuhada dengan pelakon drama Tundukkan Playboy itu yang sebelum ini didakwa curang sampai ke kemuncak apabila Hafidz dikatakan melafazkan cerai talak satu bersaksikan keluarga.

Difahamkan, Nurul Shuhada bakal memfailkan perceraian mereka pada 1 Mac ini, yang juga bertepatan hari ulang tahun kelahirannya.

Beberapa hari lalu, hubungan mereka seperti kembali tenang apabila Hafidz berkongsi gambar menggenggam erat tangan wanita yang dipercayai isterinya.

Terdahulu, wanita didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan mereka, Athira Yuhada membuat satu permohonan maaf mengakui didekati Hafidz sejak sembilan tahun lalu.

Perkahwinan Hafidz dan Shuhada yang menjalin cinta sejak zaman kolej dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, tiga tahun.
– KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI