fbpx

Lelaki Belanda saman wanita Thai lebih RM500,000 kerana tinggalkannya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI Belanda dikenali sebagai Peter menyaman seorang wanita Thailand kerana memperdayakannya untuk menghantar wang berjuta-juta baht. - Foto Thaiger

BANGKOK –  Dalam satu lagi kes penipuan percintaan, seorang lelaki Belanda cuba mendapatkan 4 juta baht (RM509,161) daripada bekas teman wanitanya di  wilayah Sakhon Nakhon, timur laut Thailand, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Lelaki dikenali sebagai Peter itu  mendakwa bahawa wanita berkenaan memperdaya supaya dia menghantar wang berjuta-juta baht untuk membeli tanah dan rumah sebelum bertindak meninggalkannya.

Bagaimanapun, wanita Thailand itu berkata,  lelaki Belanda tersebut yang melakukan kesilapan kerana memulakan hubungan dengannya sedangkan dia sudah berkahwin dengan wanita lain.

Semalam, Peter pergi ke Mahkamah Wilayah Udon Thani bersama peguam untuk memfailkan saman 4 juta baht terhadap seorang wanita Thailand yang namanya tidak didedahkan.

Lelaki itu mendakwa bahawa wanita itu menipu dengan mempengaruhi pemikirannya bahawa mereka akan menjadi pasangan pada masa hadapan.

Dibutakan oleh cinta, Peter telah menjual rumahnya di Belanda dan menghantar wang itu kepada wanita tersebut dan berkata, dia sudah menghantarnya sebanyak 5 juta baht (RM636,452).

Bagaimanapun, pada suatu hari, wanita berkenaan memutuskan hubungan dengan lelaki berkenaan dan bertukar pekerjaan serta berpindah wilayah lain. 

Percintaan pasangan itu berakhir tetapi Peter tidak pernah mendapatkan wangnya kembali. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI