fbpx

Lee Je-hoon jadi jenaka seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE JE-HOON

KEMUNCULAN aktor kacak Lee Je-hoon dalam drama Taxi Driver yang memasuki musim kedua baru-baru ini menggetarkan jiwa ramai peminat.

Semuanya gara-gara terdapat babak memaparkan Je-hoon tampil tidak berbaju dan menampakkan bentuk badan kekarnya.

Bagaimanapun, babak tersebut mencetuskan kontroversi selepas seorang pelawak, Lee Kyeong-shil membuat jenaka berunsur seksual terhadap Je-hoon.

“Nampak tak ruang antara lurah dada dia? Kalau titiskan air dan minum dari situ, itu umpama ubat. Akan bertukar jadi air suci,” katanya ketika dalam program radio SBS Power FM, Cultwo Show.

Komen pelawak wanita itu mencetus sensasi selepas peminat mendakwa kata-katanya berunsur seksual sehingga menyebabkan satu laporan polis dibuat terhadapnya.

Sejak kontroversi tersebut tular, stesen SBS bertindak memadam kandungan program tersebut termasuklah yang disiarkan dalam YouTube.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI