fbpx

Kuliah maghrib UAI di Bukit Jelutong Ahad ini dibatal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster yang dikongsikan oleh Ustaz Azhar Idrus di Facebook.

PETALING JAYA – Kuliah Maghrib Perdana pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong pada 26 Februari ini (Ahad) ini dibatalkan.

Melalui akaun Facebook Azhar memaklumkan, pembatalan kuliah tersebut adalah atas faktor tidak mendapat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam Selangor untuk dilaksanakan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Kuliah Maghrib Perdana UAI yang akan diadakan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong pada 26 Februari terpaksa dibatalkan atas kuasa Jabatan Agama Negeri Selangor.

“Mohon maaf kepada rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di negeri anda,” katanya.

Tambahnya, Kuliah itu akan ditukar ke lokasi yang lain bertempat di Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan, Kuala Lumpur pada Ahad ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI