fbpx

Kekuatan rejim baharu Terengganu FC masih misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD Terengganu FC sudah mula menyerlahkan keserasian selepas menjalani perlawanan pramusim di Thailand dengan dikemudi oleh Steinbruckner. – FB TFC

SEKALIPUN dianggap salah satu pasukan pencabar, skuad Terengganu FC (TFC) ternyata masih lagi ‘misteri’ terutamanya di bawah rejim baharu diketuai oleh Tomislav Steinbruckner.

Selepas bekas pengendalinya, Nafuzi Zain meletakkan tanda aras tinggi, Steinbruckner nyata sedang memikul beban besar untuk sekurang-kurangnya cuba menya­mai pencapaian musim lalu.

Tidak dinafikan corak jurulatih itu hampir sama dengan Nafuzi tetapi perubahan set pemain jadi penentu ekoran dibarisi ramai muka baharu.

Walaupun hilang beberapa tonggak penting, TFC antara pa­sukan bertuah kerana pengurusan peka dengan keperluan mendapatkan bintang baharu seperti Ivan Mamut, Adisak Kraisorn dan Damogoj Pusic.

Sepanjang pramusim di Thailand, segalanya berjalan baik buat skuad Penyu dan keserasian mula menyerlah, namun Johor Darul Ta’zim (JDT) pastinya menjadi lawan sukar untuk Terengganu cuba mencari ‘tapak’ kepada perjalanan mereka musim ini.

Kehadiran Sony Norde juga membolehkan Steinbruckner ada lebih banyak pilihan bagi menampung penghijrahan Tchetche Kipre dan Kpah Sherman terutamanya ketika berdepan aksi getir seperti perhitungan dengan Harimau Selatan.

Kurang 24 jam saja lagi sebelum sepak mula di Stadium Sultan Ibrahim, semua pemain sudah pun hadam segala perancangan dan kini hanya bergantung kepada pelaksanaan ketika berada dalam padang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI