fbpx

Kanak-kanak perempuan maut rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran dan mengakibatkan seorang kanak-kanak maut di Kampung Besah, Kuala Ketil di Baling pada pagi ini.

BALING – Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Besah, Kuala Ketil di sini pada pagi ini.

Mangsa, Nor Batrisha Razali, 12, ditemui di dalam bilik tidur rumah tersebut oleh anggota bomba yang memadam kebakaran.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Wan Mohd. Hamizi Wan Mohd. Zin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 7.08 pagi tadi.

Katanya, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling bersama sepasukan anggota diarahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan

“Rumah itu terbakar kira-kira 90 peratus dan kerja-kerja ‘overhaul’ kini sedang dijalankan oleh anggota bomba di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil pemerhatian mendapati kebakaran dipercayai bermula dari bahagian dalam bilik tidur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI