fbpx

62 jemaah umrah selamat berlepas ke Tanah Suci dari Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan jemaah terakhir berlepas dari Jakarta ke Jeddah pada pukul 11.45 pagi ini waktu Malaysia. - Foto EMRAZ Travel & Tours

PETALING JAYA – Seramai 62 jemaah umrah dari Malaysia yang mengalami kelewatan penerbangan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta semalam disebabkan masalah teknikal telah selamat berlepas ke Tanah Suci pagi ini.

EMRAZ Travel & Tours dalam kenyataan hari ini berkata, kesemua jemaah berlepas secara tiga peringkat sejak awal pagi tadi menggunakan penerbangan Saudi Airlines.

Menurutnya, penerbangan kumpulan pertama akan tiba di Jeddah pada pukul 11.28 pagi waktu tempatan (4.28 petang waktu Malaysia).

“Isu kelewatan timbul akibat masalah teknikal melibatkan tiket penerbangan yang menyebabkan jemaah umrah tersebut tidak dibenarkan untuk mendaftar masuk ke penerbangan dari Jakarta ke Jeddah.

“Tindakan pantas pihak pengurusan syarikat berjaya menyelesaikan isu tersebut dan jemaah yang terkesan telah dibawa ke hotel penginapan sementara menunggu jadual penerbangan yang berikutnya.

“Situasi ini boleh berlaku sewaktu transit terutama melibatkan musim yang padat seperti Cuti Sekolah dan pihak syarikat sentiasa memastikan kebajikan jemaah sentiasa dijaga,” katanya.

Terdahulu, kesemua jemaah telah ditahan pihak berkuasa Indonesia di lapangan terbang tersebut susulan pihak agensi pelancongan tidak membeli tiket balik dari Jeddah.

Jemaah yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 2 petang semalam dijadualkan untuk transit di Jakarta sebelum berlepas ke Jeddah pada pukul 7 malam semalam.

Kumpulan jemaah itu dilaporkan akan menunaikan ibadah umrah bermula Khamis hingga 7 Mac depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI