fbpx

Hussein Omar Khan Ketua Polis Selangor Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sasikala (kiri), Acryl Sani (tengah), Hussein (kanan) ketika majlis serah kuasa jawatan di Maktab PDRM Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menerima Ketua Polis Negeri yang baharu apabila, Komisioner Polis (CP) Datuk Hussein Omar Khan menggantikan Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk S.Sasikala Devi berkuatkuasa hari ini.

Hussein yang merupakan Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi, Bukit Aman menggantikan S.Sasikala Devi yang akan kembali bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Selangor selepas 3 bulan berkhidmat sebagai Pemangku Ketua Polis Selangor.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang berlangsung di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini hari ini.

Turut berlangsung, majlis serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Selangor antara Datuk S.Sasikala Devi dengan Datuk Liliyana Haryanti Mohd Harunizam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika ditemui berkata, beliau memberikan sepenuh kepercayaan atas kebolehan dan pengalaman dimiliki Hussein dalam mentadbir Kontinjen Selangor.

“Datuk Hussein Omar juga telah berkhidmat dalam PDRM selama 27 tahun khusus dalam siasatan jenayah dan pernah berkhidmat di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

“Justeru, kami percaya dengan pengalaman yang luas akan membantu khidmat kepolisan,” katanya.

Sementara itu, Hussein dalam ucapannya menzahirkan rasa terima kasih atas lantikan diterimanya dan berharap dapat mengetuai kontinjen tersebut dengan sokongan padu warga PDRM di Selangor.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI