fbpx

Bufet Ramadan Hotel Tenera hidang lebih 200 menu sajian enak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadzly (kanan) pada majlis prebiu Bufet Ramadan Hotel Tenera di Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

BANGI – Mengambil kira kos sara hidup yang semakin me­ningkat dan prihatin dengan perbelanjaan masyarakat pada bulan Ramadan akan datang, Hotel Tenera mengekalkan harga bufet berbuka puasa di hotel berkenaan pada harga RM118 seorang dewasa, manakala RM58 untuk golongan kanak-kanak.

Pengurus Besar hotel tersebut, Fadzly Hamzah berkata, bagi penempahan awal pula, orang ramai boleh mendapatkan harga hanya RM88 seorang dan tawaran tersebut sedang berlangsung sehingga 28 Februari ini.

Menurut beliau, harga tersebut berbaloi dengan hidangan kira-kira 200 menu daripada pembuka selera, pencuci mulut, makanan utama hingga kepada minuman dan pencuci mulut yang mana jika dikira daripada harga bahan mentah yang me­ningkat, ia bakal membuatkan pemain-pemain dalam industri perhotelan menanggung kos yang tinggi.

Bersandarkan kemahiran cef-cef dan kakitangan berkebolehan hotel milik Koperasi Permodalan Felda Malaysia itu, pastinya bufet Ramadan Hotel Tenera bakal memenuhi selera dan cita rasa pe­ngunjungnya apatah lagi menu kali ini bertemakan Sentuhan Ramadan dengan penampilan artis Datin Alyah sebagai wajah bufet Ramadan pada tahun ini.

“Kami mengunjurkan kira-kira 800 pengunjung sehari datang berbuka puasa dan sepanjang 26 hari jualan pada bulan tersebut adalah kira-kira 17,000 pelanggan.

“Jumlah sasaran ini bakal dicapai memandangkan kami memiliki rekod yang baik dalam menghidangkan juadah berbuka puasa dalam kalangan pengunjung.

“Setiap tahun kami menawarkan pengalaman menarik untuk semua daripada peringkat kanak-kanak hingga dewasa serta warga emas,” katanya ketika ditemui pada sesi prebiu Bufet Ramadan Hotel Tenera 2023 di sini baru-baru ini.

Fadzly menerangkan, konsep tahun ini masih menggunakan gerai-gerai untuk menyajikan hidangan daripada pelbagai ka­tegori seperti gorengan, sup, roti John dan pizza, kuih-muih serta air minuman seperti kopi gantung dan air botol legend.

Menu lauk-pauk kampung pula adalah urat keting asam pedas, sembilang masak lemak daun kunyit, sambal udang petai siseh, bakso sup, nasi ayam buluh betong, kari kepala ikan salmon dan dim sum.

Ia juga menyajikan makanan lain seperti oden celup, bubur lambuk Bangi, aiskrim, buah-buahan dan biskut ke­gemaran di dalam tin yang disusun indah di satu sudut di hotel tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI