fbpx

Bola logam misteri dipindahkan dari pantai Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah sfera logam ditemui di pantai Hamamatsu, Jepun pada awal minggu ini. - Foto NHK World News Japan

TOKYO  – Sebuah sfera logam terdampar yang mengelirukan penduduk tempatan dan mencetuskan spekulasi meluas telah dipindahkan dari sebuah pantai di bandar Hamamatsu, demikian menurut media tempatan seperti laporan Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.

Pegawai-pegawai tempatan  berkata, sfera itu  akan disimpan untuk tempoh masa tertentu sebelum dilupuskan tetapi ramai juga mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan identiti objek tersebut.

Minat terhadap objek  yang digelar sebagai ‘telur Godzilla’ dan didakwa berasal dari angkasa lepas itu  bermula  awal minggu ini selepas seorang penduduk setempat memaklumkan kepada polis tentang kehadirannya.

Polis dan skuad pemusnah bom dihantar untuk memeriksa objek itu.

Pihak berkuasa mengepung kawasan itu dan melakukan ujian X-ray yang tidak mendedahkan lebih banyak maklumat selain mengesahkan bahawa objek itu selamat.

“Saya rasa semua orang di Hamamatsu bimbang dan ingin tahu tentang objek itu tetapi saya lega kerana kerja itu sudah selesai,” kata seorang pegawai tempatan kepada media Jepun.

Ramai juga yang mempersoalkan di media sosial mengapa pegawai-pegawai  Jepun tidak menjelaskan identiti objek tersebut.

Pejabat kejuruteraan awam tempatan Hamamatsu berkata, pihaknya menganggap ia sebagai boya buatan asing. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI