PETALING JAYA – Kerajaan akan menyediakan subsidi yuran taska sebanyak RM180 sebulan selain menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah daripada RM5,000 kepada RM7,000 khusus buat penjawat awam di negara ini.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE