PETALING JAYA – Sebanyak 50 juta diperuntukkan bagi membina baharu dan menaik taraf melibatkan 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara.
Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.
Selain itu, katanya, sejumlah 176 juta ringgit disediakan bagi menaik taraf premis dan kemudahan perniagaan antaranya di bawah MARA, DBKL, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA). – KOSMO! ONLINE