PETALING JAYA – Kerajaan menyediakan sebanyak RM38 juta bagi memelihara hidupan liar seperti harimau dan gajah serta habitat hutan.
Peruntukan itu dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi pembentangan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, kerajaan akan menambah bilangan renjer yang mengawal kawasan hutan kepada 1,500 orang dengan mengutamakan khidmat komuniti Orang Asli dan veteran tentera serta polis melibatkan peruntukan sebanyak RM50 juta. – KOSMO! ONLINE