PETALING JAYA – Kredit e-tunai berjumlah RM200 akan disalurkan kepada seramai dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.
Katanya, jumlah tersebut meliputi peruntukan sebanyak RM400 juta yang disediakan kerajaan. – KOSMO! ONLINE