fbpx

Belanjawan 2023: Ramai kecewa, masih gagal keluar KWSP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Segelintir masyarakat meluahkan kekecewaan ekoran tiada pengumuman dibuat berhubung pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Meskipun begitu, tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai di antara mereka masih berharap berkaitan perkara terbabit bagi mengatasi masalah tekanan kos sara hidup yang dihadapi ketika ini.

“Ingatkan ada sinar, rupanya semakin gelap. Sudahlah ‘single parent’ (ibu tunggal) anak nak ke sekolah, bil elektrik dan air tertunggak dan duit sekarang tinggal RM5 sahaja.

“Cubalah keluarkan KWSP bersasar. Penat dah nak cari duit, hutang makin bertambah. Nak harapkan bantuan keluarga, adik-beradik pun ada tanggungjawab sendiri,” luah Khairulisa Bakrie dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, seorang pengguna dikenali sebagai Ros Zilawati berharap agar pengeluaran KWSP masih dipertimbangkan kerajaan.

“Ya Allah, kami berharap ada sinar buat kami yang memerlukan. Bahagia tak terkira bila pengeluaran ini diluluskan,” ucapnya.

Selain itu, seorang lagi pengguna iaitu Sakry Zaini turut berharap untuk mengeluarkan simpanan KWSP miliknya berikutan syarikat dia bekerja akan menamatkan operasi.

“Bulan Februari ini bulan terakhir aku bekerja. Bulan Mac ini syarikat aku tutup operasi. Nak cari kerja baru semua nak umur 45 tahun ke bawah dan tak tahulah macam mana nak dapatkan kerja sebab itulah aku harapkan pengeluaran KWSP,” ujarnya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan sebanyak RM500 caruman akan ditambah ke dalam Akaun 1 bagi ahli KWSP yang berusia 40 hingga 54 tahun.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, inisiatif itu akan memberi manfaat kepada hampir dua juta ahli melibatkan peruntukan kira-kira RM1 bilion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI