fbpx

Belanjawan 2023: Projek Sabah, Sarawak akan disegerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen selepas pembentangan Belanjawan 2023, hari ini.

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, projek di Sabah dan Sarawak akan disegerakan dengan peruntukan khas lebih RM20 bilion yang diberikan dalam belanjawan tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana meneruskan projek-projek yang tertangguh terutamanya projek Lebuh Raya Pan Borneo.

“Saya berbesar hati Perdana Menteri ingin meneruskan projek ini dan turut memberikan peruntukan khusus sebanyak RM6.5 bilion untuk Sabah dan RM5.6 bilion bagi Sarawak.

“Saya telah diarahkan secara spesifik untuk melihat projek lebuh raya berkenaan dan memastikan ianya dapat disiapkan dalam kadar yang segera.

“Di samping projek lebuh raya berkenaan, laluan di sempadan Sabah, Sarawak dan Kalimantan juga akan dinaik taraf ekoran Kalimantan akan menjadi ibu negara Indonesia yang baharu,” katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Parlimen, hari ini.

Tambah Fadillah, Geran Khas Sarawak di bawah Perkara 11D Perlembagaan Persekutuan juga telah dinaikkan peruntukannya kepada RM300 juta tiap-tiap tahun.

Ujarnya, semua projek di bawah RM50 juta juga akan dipercepatkan dan telah dipersetujui oleh Jabatan Teknikal Sabah dan Sarawak.

“Saya lihat bajet kali ini memperuntukkan jumlah yang besar dan tidak akan berjaya melainkan meningkatkan pelaksanaan.

“Hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan supaya dapat merangkakan dan mencari jalan penyelesaian untuk tingkatkan kemakmuran negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI