fbpx

Belanjawan 2023: Peruntukan pembangunan RM6.5b untuk Sabah, RM5.6b Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Negeri Sabah dan Sarawak terus meraih manfaat besar daripada peruntukan pembangunan masing-masing yang berjumlah RM6.5 bilion dan RM5.6 bilion.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen hari ini.

“Antara peruntukan itu termasuk perancangan untuk membangunkan bandar-bandar yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia seperti Kalabakan, Sabah serta Ba’kelalan, Sarawak dengan kos RM1 bilion sebagai langkah menyambung perpindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan,” katanya.

Selain itu, menurutnya, lebih RM2.5 bilion disediakan bagi melaksanakan projek-projek melibatkan prasarana awam yang kebanyakannya untuk manfaat Sabah dan Sarawak melibatkan projek jalan dan lampu jalan serta bekalan air dan elektrik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI