PETALING JAYA – Kebenaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar masih diharapkan rakyat Malaysia sehingga kini disebabkan ramai yang terjejas pendapatan selain memerlukan wang bagi peruntukan pembukaan sekolah sesi baharu serta Hari Raya Aidilfitri.
Tinjauan Kosmo! di Twitter mendapati, tanda pagar KWSP (#KWSP) menjadi sohor kini di platform tersebut meskipun tiada kelulusan pengeluaran diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di ibu negata hari ini. – KOSMO! ONLINE