PETALING JAYA – Kerajaan bercadang memperkenalkan Cukai Barangan Mewah mulai tahun ini dengan had nilai tertentu mengikut jenis barangan mewah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara bentuk barangan mewah itu adalah jam tangan dan barangan fesyen.
“Selaras amalan terbaik antarabangsa, kerajaan akan mengkaji untuk memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai tahun 2024 pada kadar yang rendah.
“Kerajaan akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkaitan untuk meneliti perincian cadangan ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE