fbpx

Belanjawan 2023: Kadar cukai PMKS kurang kepada 15 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan bersetuju menurunkan sebanyak dua peratus kadar cukai perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ke atas pendapatan bercukai bagi 150,000 pertama daripada 17 peratus kepada 15 peratus pada tahun 2023 ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini.

“Belanjawan MADANI akan memastikan PMKS tempatan untuk kembali berdaya saing dan meningkatkan keupayaan perniagaan mereka. Pelbagai kemudahan termasuk potongan cukai dan dana pembiayaan disediakan bagi membantu para peniaga.

“Pengurangan ini dapat memberi penjimatan sehingga RM3,000 kepada setiap RM150,000 pembayar cukai PMKS,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI